ARTIKEL
CERPEN
|
| |
KELEBIHAN BERPUASA 10 MUHARRAM DAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG
TERJADI PADA HARI TERSEBUT
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W
bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah
S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa
pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan
berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap
kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan
setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang
berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi
makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan
perut mereka".
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W: "Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah
telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah
S.A.W: "Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari
Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari
Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi
Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari
api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari
Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T
menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi
Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga
pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura!".[]
| |
KISAH TELADAN
Sepenggal kalimat tentang MALNU,
klik di sini
|