ARTIKEL
CERPEN
|
| |
BATU-BATU YANG ANEH
Dalam sebuah hadis menceritakan, pada
zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas
itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah
rukun haji yang sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji
yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap
hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan.
Sabda Rasulullah mengatakan :
"Alhajju Arafah" (Haji itu wukuf di Arafah)
Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih
dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh
biji batu lalu berkata pada batu itu:
"Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahwa aku bersumpah bahwa tidak ada tuhan
melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah".
Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di tempat itu. Dia meletakkan
ketujuh batu tersebut di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi
seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu juga dia telah diperiksa segala
dosa-dosa dan pahalanya oleh Allah swt. Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata
dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak
memasuki salah satu daripada pintu-pintunya.
Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka
tersebut. Tetapi mereka tidak sanggup rupanya. Malaikat azab telah berada di
situ. Semua malaikat itu menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut. Tapi sanggup
rupanya. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha
hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu mengikut ke
mana saja dia pergi.
Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang
bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga
untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu
neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang
mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu daripada
memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh. Di situlah
Allah berfirman yang artinya:
"Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang
Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan
hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi 'syahadat' yang engkau ucapkan itu.
Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga."
Sebaik saja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun
terbuka lebar. Rupanya kunci syurga itu adalah kalimat syahadat yang
diucapkannya dahulu.[]
| |
KISAH TELADAN
Sepenggal kalimat tentang MALNU,
klik di sini
|